Hakikat Mengenali Selaput dara
HAKIKAT MENGENALI SELAPUT DARA
Istilah Dara diertikan oleh orang Melayu sebagai regangan daging tipis yang menutup sebahagian dari permukaan lubang faraj. Ia juga dipanggil Selaput Perdaraan. Anak Dara adalah istilah yang digunakan bagi wanita yang belum pernah bersetubuh yang secara asasnya dianggap masih mempunyai Dara. Hilang Dara pula digunakan oleh orang Melayu bagi menamakan keadaan bila Dara telah terkoyak. Benda yang serupa juga dikenali sebagai satu simbol kesucian wanita.
Secara deskriptif Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis seperti bawang meregang di pintu masuk lubang faraj. Ia sukar dikenal pasti oleh mata kasar terutamanya oleh lelaki yang melihatnya pertama kali. Dara dianggap sebagai mahkota wanita semua bangsa semua zaman hatta di zaman moden dan kemudian dari ini. Sebagai lambang kesucian wanita Dara juga dijaga dengan baik sebelum perkahwinan. Ia hanya akan diserahkan kepada suami yang tercinta untuk dipecahkan (dikoyakkan) dengan jimak pertama.Namun begitu, tidaklah semua wanita dapat mempertahankan Dara. Ia boleh terkoyak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, apatah lagi jika telah melakukan hubungan jenis sebelum pernikahan. Satu hal yang patut diketahui ialah Dara boleh juga terkoyak walaupun tanpa melakukan persetubuhan. Istilah Gadis atau Anak Dara atau Bikir, sebenarya mempunyai pengertian yang kurang cerewet. Ia bermaksud wanita yang belum pernah bernikah.
Lelaki mempunyai sifat keegoan, sifat ini amat ketara pada masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Pada masa pertama, suami dibekalkan oleh ibu si isteri dengan kain putih (atau sapu tangan putih). Semasa melakukan jimak buat pertama kali, Dara akan terkoyak dan sedikit darah bayu akan keluar. Darah ini akan dikesat menggunakan kain tersebut. Pada keesokan harinya, kain itu akan diserahkan kepada ibu si isteri sebagai tanda bahawa kedua-dua suami isteri tiada bermasalah, si suami mempunyai zakar yang cukup keras untuk memecahkan Dara sementara si isteri telah dapat mempertahankan mahkotanya hingga pada ketika itu. Tanda tersebut membanggakan kedua-dua belah keluarga pengantin. Pada masa sekarang, adat itu tidak berlaku lagi.
Banyak sedikitnya darah yang keluar bergantung kepada bentuk dara. Jika mazi isteri banyak maka darah bayu akan bercampur pula dengan mazi. Jika darah amat sedikit maka ia tidak dapat dilihat dengan jelas. Mungkin Dara terkoyak sedikit saja dan darahnya juga sedikit. Besar kemungkinan suami telah memecahkan dara tetapi tidak sedar akan fenomena itu. Tidak ada tanda khusus yang dapat dikenal pada saat Dara dipecahkan. Kalau ada cuma dari segi kesakitan isteri tetapi kesakitan itu sedikit dan sebentar, ia hilang dalam keghairahan. Maka jangan mudah menuduh isteri sudah tiada Dara. Ada juga wanita Daranya bertaut kembali walaupun telah melakukan persetubuhan maka kaitan Dara dan kesucian hanyalah adat dan bukan syarat.
Follow US Now!
?? TELEGRAM= https://t.me/kioskalbaroqah786
?? FACEBOOKPAGE= www.Facebook.com/kioskalbaroqah03
?? BLOG= www.kioskalbaroqahproduk.blogspot.com
?? TWITTER= Twitter.com/QayyumHassan1
?? INSTAGRAM= Instagram.com/kiosk_al_baroqah/
Untuk Melihat Segala Produk Yang Uncle Jual, Sila Rujuk Blog Uncle
Tq Sebab Menjadi Sahabat Dan Pembeli Uncle, Semoga Saudara Dan Saudari
Akan Sentiasa Sihat Dan Juga Dirahmati Tuhan
Uncle Akan Cuba Sebaik Mungkin Untuk Memberikan
Service Yang Terbaik
Beli Banyak,nnt Kita Kira Harga Lain
Comments
Post a Comment