Hakikat Bentuk Selaput Dara
HAKIKAT BENTUK SELAPUT DARA
Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina.
Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit(semilunar) dan mempunyai pemisah (septum). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membran ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan seks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.
Follow US Now!
?? TELEGRAM= https://t.me/kioskalbaroqah786
?? FACEBOOKPAGE= www.Facebook.com/kioskalbaroqah03
?? BLOG= www.kioskalbaroqahproduk.blogspot.com
?? TWITTER= Twitter.com/QayyumHassan1
?? INSTAGRAM= Instagram.com/kiosk_al_baroqah/
Untuk Melihat Segala Produk Yang Uncle Jual, Sila Rujuk Blog Uncle
Tq Sebab Menjadi Sahabat Dan Pembeli Uncle, Semoga Saudara Dan Saudari
Akan Sentiasa Sihat Dan Juga Dirahmati Tuhan
Uncle Akan Cuba Sebaik Mungkin Untuk Memberikan
Service Yang Terbaik
Beli Banyak,nnt Kita Kira Harga Lain
Comments
Post a Comment