Perempuan Untuk Lelaki
Perempuan Untuk Lelaki
Menurut sejarah penciptaan Hawa, ketika Nabi Adam a.s. tinggal di syurga
baginda melihat bahawa setiap makhluk lain berpasangan sedang baginda
kesaorangan. Timbullah keinginan baginda untuk mendapat teman
pasangannya. Allah s.w.t. mengetahui isihati Adam a.s. lalu diciptakan Hawa
sebagai teman penghibur Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud
“Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia
menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya”. Fungsi sebenar
perempuan diciptakan ialah untuk memberi kesenangan kepada kaum lelaki.
Wanita diperlukan oleh lelaki bagi menunaikan fitrah biologi. Nafsu kelamin
perlu disalurkan kepada tempat yang wajar. Maka lelaki sanggup berusaha
mendapatkan isteri halal tempat menghibur hati. Rugilah isteri jika dia lebih
mementingkan kerja dari suami kerana ganjaran pahala melayani suami adalah
besar dan melimpah.
Keinginan lelaki pada perempuan lebih besar dari keinginan perempuan
terhadap lelaki. Lelaki mudah terangsang penglihatannya dan dari itu kaum
perempuan wajib menutup aurat bagi mengelakkan berlakunya perkara yang
buruk. Ciri pakaian ialah saiznya besar dan labuh, tidak menampakkan lekuk lekuk
badan,berwarna suram dan bebas dari memakai bauan harum.Aurat hanya boleh dilihat
oleh suami dan bauan hanya boleh dipakai untuk suami. Perempuan dicipta untuk kesenangan lelaki. Ini menjadikan satu lumrah bahawa lelaki yang biasanya mendahului untuk mengenali perempuan
sedangkan perempuan menunggu-nunggu agar lelaki berminat mengenali lantas melamarnya. Sejak dari zaman dahulu perempuan diibaratkan sebagai bunga dengan seni dan mekarnya, sementara lelaki sebagai kumbang mencari cari bagi menghisap madu bunga.Atas lumrah ini maka setiap lelaki dan
wanita patut berhati-hati dalam berkenalan agar tidak terpesong ke kancah maksiat dan kehinaan.
Adat kesopanan Melayu yang sedia ada serta ajaran Islam membantu kaum
lelaki dan perempuan dalam hal berkenalan secara yang baik dan bersopan. Ibu
bapa Melayu lebih suka jika lelaki yang berminat melamar datang sendiri ke
rumah agar mereka dapat berkenalan dengan bakal menantu mereka.
Mendatangi rumah ibu bapa wanita adalah tindakan sopan dan sifat jejaka
sejati. Ibu bapa tidak suka jika anak perempuan mereka dibawa ke mana-mana
dengan bebas tanpa pengetahuan mereka kerana kesannya amat buruk kepada
nama baik keluarga dan keselamatan seorang perawan.
Jika lelaki berminat terhadap seorang perempuan tindakan untuk membawanya
berjalan atau 'dating' bukanlah satu tindakan yang bijak menurut adab
kesopanan bangsa serta agama. Itu juga bukan ciri jejaka yang berani dan
bertanggungjawab. Lelaki patut berbincang dengan keluarganya sendiri
mengenai perempuan yang ingin dilamar. Dengar nasihat orang tua. Kemudian
mereka akan membantu dengan senang hati.
Follow US Now!
?? TELEGRAM = https://t.me/kioskalbaroqah786
?? FACEBOOKPAGE = www.Facebook.com/kioskalbaroqah03
?? BLOG = www.kioskalbaroqahproduk.blogspot.com
?? TWITTER = Twitter.com/QayyumHassan1
?? INSTAGRAM = Instagram.com/kiosk_al_baroqah/
Comments
Post a Comment