Faedah Berkahwin


Faedah Berkahwin.

Agama Islam menggalakkan umatnya bernikah mengikut selayaknya.
Dorongan tersebut dinyatakan di dalam Al-Qur'an serta hadith. Hanya dengan
nikah kahwin seseorang Islam itu mendapat kesempumaan dalam hidup,
mencapai puncak segala kekayaan dan menjadi asas ketenteraman jiwa
manusia. Faedah-faedah paling asas yang perlu diketahui ialah:

1. Menuju kebaikan. Digalakkan agar memilih isteri yang baik budi
bahasanya, sopan santun dan baik keturunan agamanya. Firman Allah
dalam Surah An-Nisa' Ayat 3 yang bermaksud : “Berkahwinlah kamu
dengan memilih perempuan yang layak dan sesuai untukmu daripada
perempuan-perempuan yang baik di antara kamu orang-orang yang
beriman dan jika kamu mampu serta boleh kamu berlaku adil,
berkahwinlah dua, tiga hingga empal sekalipun maka jika kamu takut
tidak dapal berlaku adil, seorang isteri itu memadailah”.

2. Hidup bersuami isteri membantu penghidupan, beroleh berkat dan
kekayaan, bukan kesusahan dan kepapaan. Firman Allah dalam Surah AnNur
Ayat 32 maksudnya: “Berkahwinlah dengan perawan daripada kamu dan
teruna daripada golongan kamu ataupun dengan jariah-jariah kamu yang
salihah, sekiranya kamu berada di dalam keadaan fakir mudah -mudahan
kamu akan beroleh kaya dan berkat dari kurnia Allah”.

3. Berkahwin itu satu sunnah perjalanan hidup dan ia adalah satu bentuk
kesopanan sejak dahulukala. Allah telah memberikan contoh perbuatan
rasul-rasul di dalam Surah Ar-Ra'du Ayat 38 maksudnya : “Sesungguhnya
kami telah mengutuskan beberapa orang rasul-rasul terdahulu daripada
kamu serta kami perkenankan mereka itu beranak isteri”.

4.Isteri yang salihah sentiasa membawa keberkatan dalam hidup
berumahtangga sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
“Berkahwinlah kamu kerana orang-orang perempuan itu boleh menolong
menjayakan hal ehwal kehidupan kamu mencari rezeki”.

5. Segala pahala ibadat digandakan dengan berkahwin kerana mempunyai
kesanggupan menunaikan suruhan berkahwin dan menunaikan
tanggungjawab terhadap anak isteri sebagaimana sabda Rasulullah yang
bermaksud : “Sembahyang dua raka’at orang yang telah beristeri itu
keadaannya lebih utama daripada sembahyang tujuh puluh raka’at orang
yang membujang tiada berkahwin”.

6. Menyalurkan nafsu syahwat pada jalan yang halal sebagaimana sabda
Nabi yang bermaksud : “Apabila berkahwin seorang muda itu nescaya
menjeritlah syaitan sambil ia berkata alangkah ruginya aku, sesungguhnya
terpeliharalah orang muda ini daripada godaanku”.

Follow US Now!
??  TELEGRAM= https://t.me/kioskalbaroqah786
??  FACEBOOKPAGE= www.Facebook.com/kioskalbaroqah03
??  BLOG= www.kioskalbaroqahproduk.blogspot.com
??  TWITTER= Twitter.com/QayyumHassan1
??  INSTAGRAM= Instagram.com/kiosk_al_baroqah/

Comments

Popular Posts