Kelebihan Mengetahui Anggota Jimak Lelaki Dan Perempuan
Faedah Mengetahui Anggota Jimak
Apabila dikatakan anggota jimak ramai orang akan menganggap bahawa itu
bermaksud zakar dan faraj. Anggapan itu adalah tidak tepat kerana anggota
jimak tidak terhenti kepada dua anggota itu saja. Ia meliputi keseluruhan tubuh
badan manusia yang zahir dan yang tersembunyi. Otak dan perasaan adalah
juga anggota jimak. Telaga Kalkautsar iaitu istilah yang biasa digunakan oleh
orang tua-tua Melayu bagi langit-langit tekak adalah juga anggota jimak. Besi
Khursani iaitu istilah yang secara umumnya bermaksud tenaga batin yang
berada di dalam badan manusia adalah juga anggota jimak. Pada tubuh badan suami mahupun
isteri itu terdapat lubuk-lubuk di mana rangsangan dilakukan sebelum istimta, ketika istimta, semasa jimak dan setelah jimak. Ini termasuk juga penglihatan dan pendengaran, lubuklubuk keghairahan
seperti telinga,mulut,kerongkong,tengkuk,celah peha,daging manis di pinggang,puting payudara, ibu jari kaki dan lainnya termasuk zakar dan faraj. Maka jika dianggap bahawa hanya zakar dan faraj saja sebagai anggota jimak ia adalah anggapan yang sempit.
Mengetahui anggota jimak mempunyai faedah yang besar. Dengan itu akan dapat difahami akan tugasnya dalam menjayakan jimak yang berkesan. Sifat-sifat anggota jimak dan kaedah
bagaimana ianya boleh dirangsang dan merangsang perlu diketahui agar suami
boleh memberikan kenikmatan dan inzal kepada isteri. Isteri pula mampu
melayani suami dengan baik.
Seksologi Barat membincangkan mengenai anggota jimak dari sudut moden.
Namun begitu ada antara anggota jimak tidak menjadi fokus di Barat dan
hanya diketahui oleh Islam atau masyarakat Timur. Beberapa contoh ialah
Makam Yang Lima, fungsi dan kelebihan Biji Zakar, fungsi dan kelebihan
Urat Jarum, kaedah- kaedah rangsangan Istimta' yang bertertib serta penuh
rahsia, Tiga Lubuk Nafsu, Rahsia Peredaran Mani (Nafsu) menurut Islam dan
sebagainya.
Pengetahuan yang agak terperinci mengenai hal ini menjadi asas bagi
menjayakan jimak dengan berkesan tanpa menyakiti perasaan pasangan. Faktor
ini penting kerana jimak bukanlah bertujuan bagi memuaskan syahwat diri
semata-mata. Nafkah batin perlu diberikan dengan baik, lemah lembut dan
bertertib serta sesuai dengan masa dan tempatnya. Seperti kata orang tua-tua
Melayu nafkah batin itu seolah-olah mencari lauk-pauk kepada isteri,
pertamanya perlu diketahui kesukaannya, keduanya perlulah dirancang agar
tidaklah hanya mencari lauk yang serupa setiap hari kerana ia menjemukan.
Follow US Now!
?? TELEGRAM= https://t.me/kioskalbaroqah786
?? FACEBOOKPAGE= www.Facebook.com/kioskalbaroqah03
?? BLOG= www.kioskalbaroqahproduk.blogspot.com
?? TWITTER= Twitter.com/QayyumHassan1
?? INSTAGRAM= Instagram.com/kiosk_al_baroqah/
Untuk Melihat Segala Produk Yang Uncle Jual, Sila Rujuk Blog Uncle
Tq Sebab Menjadi Sahabat Dan Pembeli Uncle, Semoga Saudara Dan Saudari
Akan Sentiasa Sihat Dan Juga Dirahmati Tuhan
Uncle Akan Cuba Sebaik Mungkin Untuk Memberikan
Service Yang Terbaik
Beli Banyak,nnt Kita Kira Harga Lain
Comments
Post a Comment