Hakikat Kejadian Manusia


Hakikat Kejadian Manusia

Di sini dicatatkan secara ringkas tentang kejadian manusia bagi renungan dan
bagi memahami secara keseluruhan tentang ilmu jimak. Catatan ini adalah
rangkuman ilmu kejadian dari perspektif Islam.

Manusia adalah keturunan Adam a.s. dimana secara zahirnya adalah hasil dan
hubungan kelamin atau jimak sedang secara batinnya adalah atas kekuasaan
Allah s.w.t. Wanita pertama dijadikan ialah Hawa isteri kepada Adam. Adam
itu dijadikan daripada tanah dan terdapat empat unsur alam pada tubuh Adam
dan keturunannya iaitu tanah, air, api serta angin. Perkembangan zuriat terjadi
dari nutfah yang tumpah pada rahim dan menjadi janin. Adam ditempa dari
tanah yang ada dibumi dari berbagai jenis tanah yang terpilih dan kemudian
ditiupkan rohnya ke tubuhnya. Keturunan Adam adalah juga berpasang
kejadiannya iaitu tubuh sebagai unsur zahir dan roh sebagai unsur yang tiada
kelihatan.

Manusia itu dijadikan supaya mengenal Allah dan menyembahNya.
DijadikanNya manusia kemudian dimatikan dan dibangkitkan kembali di
akhirat untuk hidup kekal buat selama-lamanya. Semua anak Adam dilahirkan
di bumi keturunan demi keturunan.

Kejadian manusia dan segala makhluk lain juga adalah berpasangan
kesemuanya. Ini termasuklah apa-apa yang ada dalam bumi, pada diri manusia
dan pada perkara-perkara yang tidak diketahui oleh manusia. Dengan sifat
yang berpasang ini jugalah lelaki itu memerlukan seorang isteri sebagai teman
hidup dan bagi melahirkan anak-anak sebagai pengganti.

Manusia dijadikan berpasangan lelaki dan perempuan untuk kenal mengenal
dan berkasih sayang lantas berkembang biak. Kejadian lelaki dan perempuan
adalah sedikit berbeza dari sudut fizikalnya serta juga kemampuannya. Lelaki
itu dijadikan untuk menjadi ketua kepada keluarganya dan dialah yang
memimpin isterinya. Dijadikan tubuh lelaki dan wanita itu dengan fungsi yang
tersendiri dan khusus. Dari segi kelaminnya wanita itu dijadikan lengkap
dengan rahim bagi mengandungkan janin. Janin terbentuk hasil dari tumpahnya
nutfah ke dalam rahim menerusi hubungan kelamin. Hubungan kelamin ialah
khusus dilakukan menerusi zakar dan faraj. Maka tempat yang menjadi
pakaian zakar ialah di faraj bukan di dubur isteri. Sekiranya insan melanggar
fitrah ini maka layaklah dia menemui kehancuran sebagaimana matinya
manusia akibat hilangnya daya ketahanan melawan penyakit 
(AIDS).

Adalah penting bagi golongan muda menyedari tentang manusia dan fitrah
kejadiannya agar tidak menyimpang dari apa-apa yang telah dikhaskan untuk
manusia itu menerusi apa yang ada di tubuhnya serta fungsi-fungsi yang
sewajarnya. Perlu juga diingat bahawa setiap sesuatu ada pasangannya,
penyakit ada ubatnya, berbuat baiklah dalam semua keadaan, hatta dalam hal
jimak. Nafsu itu boleh membawa kehancuran jika tidak dibendung oleh akal
yang ingat kepada Allah.

Follow US Now!
??  TELEGRAM= https://t.me/kioskalbaroqah786
??  FACEBOOKPAGE= www.Facebook.com/kioskalbaroqah03
??  BLOG= www.kioskalbaroqahproduk.blogspot.com
??  TWITTER= Twitter.com/QayyumHassan1
??  INSTAGRAM= Instagram.com/kiosk_al_baroqah/

Untuk Melihat Segala Produk Yang Uncle Jual, Sila Rujuk Blog Uncle
Tq Sebab Menjadi Sahabat Dan Pembeli Uncle, Semoga Saudara Dan Saudari
Akan Sentiasa Sihat Dan Juga Dirahmati Tuhan
Uncle Akan Cuba Sebaik Mungkin Untuk Memberikan
Service Yang Terbaik
Beli Banyak,nnt Kita Kira Harga Lain


Comments

Popular Posts