Perempuan VS Lelaki


Perempuan Vs Lelaki

Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. secara berpasangan terdiri dari jenis lelaki dan perempuan. Kelainan jenis ini membuatkan perlu bagi setiap diri mereka mengenali sifat, kehendak dan juga kesukaan mereka sendiri dan juga jenis pasangan mereka.

Jenis yang berpasangan ini akan bertemu apabila sampai di ambang perkahwinan. Pertemuan itu adalah satu pertemuan yang amat intim dan mesra, lebih intim dari persahabatan sesama lelaki atau antara saudara mara mahupun antara si anak dan ibu. Ini kerana pertemuan ini mempunyai fenomena yang menyelami aspek yang tidak pemah diselami dalam hubungan persahabatan biasa iaitu perlakuan jimak.

Tidaklah dapat dinafikan bahawa intimasi itu akan hanya dapat dicapai melalui tingkat kenal mengenal yang tinggi mengenai sifat dan kemahuan antara pasangan itu. Tidak juga cukup untuk lelaki sekadar mengetahui bahawa wanita itu dijadikan untuknya dan dari itu adalah haknya. Tidak juga lengkap sekiranya lelaki hanya dapat kenal pada tubuh wanita tanpa mengenali tentang sifat dan kemahuan tubuh itu serta rahsia mengenainya. Lelaki perlu tahu tentang peranannya berkaitan dengan tubuh pasangannya itu kerana dialah yang akan memimpin tubuh tersebut dalam kehidupan berumahtangga. Beberapa orang penulis di Timur dan juga di Barat pada zaman ini telah mencatat bahawa antara sebab mengapa isteri berlaku curang dan berlakunya keruntuhan rumahtangga ialah kerana suami tiada tahu cara jimak yang betul dan isteri pula tidak pandai melayani suami yang berhajat. Zaman moden penuh dengan pancarobanya, godaan banyak, mudahlah tergoda jika iman tipis dan fikiran dangkal. Orang Islam dan orang Timur tidak sesuai belajar teknik seksologi Barat kerana Islam ada peraturannya dan bangsa ada adat resamnya yang tersendiri dan kukuh terjalin. Maka jika tahu cara jimak Barat tetapi tidak tahu konsep Nafkah Batin Islam maka isteri boleh juga menjadi curang. Bukti tentang perkara itu berlaku sentiasa di Barat. Setiap dari pasangan mencari ‘daging mentah’ di luar rumah jika saja mendapat peluang. Dari segi Islam itu dihukumkan zina.

Pernah ahli seksologi Barat membuat kajian di sana bahawa sebahagian besar dari isteri di Barat itu tidak pernah mencapai inzal atau tidak tahu apa itu rasa inzal walaupun telah berkahwin bertahun-tahun. Mengapakah perkara ini terjadi di tempat yang kaya dengan pengetahuan seperti itu? Ertinya ada sesuatu yang tidak kena pada apa yang mereka ketahui dan amalkan. llmu Nafkah Batin Islam menawarkan jalan terbaik bagi mengatasi masalah seperti ini. Nampaknya llmu Sengama Melayu pun lebih baik dari seksologi Barat dari segi kehalusan cara dan kemesraannya. Keluarga orang-orang Melayu dahulu (setelah Islam) hidup dalam aman bahagia, mempunyai anak yang cukup ramai dan jarang sekali bercerai berai melainkan cerai mati. Dimanakah letaknya permata? Di Timur atau di Barat?

Follow US Now!
??  TELEGRAM= https://t.me/kioskalbaroqah786
??  FACEBOOKPAGE= www.Facebook.com/kioskalbaroqah03
??  BLOG= www.kioskalbaroqahproduk.blogspot.com
??  TWITTER= Twitter.com/QayyumHassan1
??  INSTAGRAM= Instagram.com/kiosk_al_baroqah/

Untuk Melihat Segala Produk Yang Uncle Jual, Sila Rujuk Blog Uncle
Tq Sebab Menjadi Sahabat Dan Pembeli Uncle, Semoga Saudara Dan Saudari
Akan Sentiasa Sihat Dan Juga Dirahmati Tuhan
Uncle Akan Cuba Sebaik Mungkin Untuk Memberikan
Service Yang Terbaik
Beli Banyak,nnt Kita Kira Harga Lain

Comments

Popular Posts