Unsur Akan Kejadian Manusia


Empat Unsur Kejadian Manusia

Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. dari tanah. Tanah itu adalah unsur yang terpilih daripada empat unsur kejadian kerana sifat tanah yang lebih merendah diri berbanding unsur yang lain. Dalam membicarakan mengenai manusia maka adalah paling wajar dibicarakan mengenai unsur kejadiannya agar akan lebih difahami akan sifatnya. Di dalam Kitab Tajus Salatin sebuah kitab yang diterjemah oleh Orang Melayu dari bahasa Parsi pada awal abad ke 17 dicatatcan bahawa: “Telah dijadikan keadaan menusia itu daripada empat perkara yang berlainan perinya dan dikatakan Anasir Arba’ namanya dan suatu daripada empat perkara itu melawan akan sesuatu seperti tanah dan air dan angin
dan api”. Di dalam kitab yang lain contohnya dalam Kasyaful Ghaibiah dikatakan bahawa Adam itu dijadikan dari tanah yang terpilih,air, api dan angin.

Pengetahuan bahawa manusia itu dijadikan dari empat unsur telah lama wujud di bumi ini dan ia dikuatkan lagi oleh ajaran Islam. Doktrin empat unsur ini dikatakan telah dikesan dalam ajaran-ajaran
ahli falsafah Greek kuno seperti Hippocrates diikuti oleh Plato dan selepas itu dikembangkan lagi oleh Galen serta ahli falsafah yang lain. Dikatakan bahawa tubuh manusia itu terdiri dari empat anasir iaitu udara, api, air dan tanah, dengan empat ‘kualiti’ berhubungan dikelompokkan sebagai sejuk dan panas, kering dan basah. Doktrin yang sama juga di dapati di dalam agama Hindu, dalam ajaran Yin Yang Cina dan dalam praktik Shiatsu Jepun. Menurut Dr. John D. Gimlette, doktrin tentang empat anasir ini telah diikuti hingga kini di serantau Asia dan ini bukti bahawa ia adalah ilmu yang tua.
Newbold telah membuat kajian tentang perkara ini beliau pula menyatakan bahawa menurut masyarakat Melayu ‘Dengan anasir inilah berkaitnya empat rasa iaitu jiwa atau roh dengan udara, cinta dengan api, syahwat dengan tanah dan kebijaksanaan fikiran dengan air’. Ilmu tentang empat anasir ini menjadi asas kepada praktik ilmu Tabib Melayu. Di dalam kitab Tib Ubat dinyatakan juga perkara yang serupa. Empat anasir itu dikatakan mempunyai tabiatnya pula iaitu sejuk (udara), haba
(api). kering (tanah) dan basah (air). Dari segi itupula dipecahkan bahawa terdapat 9 jenis tabiat manusia, pertama; tabiat yangseimbang atau satu campuran ‘kualiti’ yang sempurna kemudian empat tabiatyang tidak seimbang tetapi mudah caranya iaitu panas, sejuk, kering dan basah.Dari sini berkembanglah ilmu tabib yang disasarkan ubatnya dari punca-punca penyakit bersebab dari empat anasir.

Pengajaran tentang perkara tersebut berkait pula dengan sifat manusia. Dikaitkan panas dan kering itu dengan sifat bersegera. Sifat bercita-cita dan ‘ada angin’ itu dengan panas serta basah. Sifat muram dan rendah diri itu dengan dingin serta kering dan sifat lambat dalam kerja atau merasa atau dalam
menunjukkan emosi dan keinginan itu dengan sejuk dan basah).

Follow US Now!
??  TELEGRAM= https://t.me/kioskalbaroqah786
??  FACEBOOKPAGE= www.Facebook.com/kioskalbaroqah03
??  BLOG= www.kioskalbaroqahproduk.blogspot.com
??  TWITTER= Twitter.com/QayyumHassan1
??  INSTAGRAM= Instagram.com/kiosk_al_baroqah/

Untuk Melihat Segala Produk Yang Uncle Jual, Sila Rujuk Blog Uncle
Tq Sebab Menjadi Sahabat Dan Pembeli Uncle, Semoga Saudara Dan Saudari
Akan Sentiasa Sihat Dan Juga Dirahmati Tuhan
Uncle Akan Cuba Sebaik Mungkin Untuk Memberikan
Service Yang Terbaik
Beli Banyak,nnt Kita Kira Harga Lain

Comments

Popular Posts