Keperluan Berkahwin Dan Matlamatnya


Keperluan Berkahwin Dan Matlamatnya.

Manusia dijadikan dari nafs  (diri) yang satu kemudian dijadikan sebagai lelaki dan perempuan. Berpasangan. Prinsip berpasangan adalah prinsip sejagat.Semua makhluk itu dijadikan sedemikian oleh Allah Yang Maha Kuasa. Berkahwin adalah antara keperluan paling asas
hampir semua insan di dunia ini. Itu fitrah kejadian manusia. Kahwin dari segi Islam
ialah perjanjian berkongsi hidup yang formal dan mengikat dua insan yang berlawanan
jantina lelaki dan wanita melalui Sighah. Pasangan ini dinikahkan dengan rasmi. Lantas
agama dan masyarakat mengiktiraf kebebasan pasangan ini untuk berkasih sayang dan
bercinta mesra sesamanya sehinggalah ke tahap penyatuan batang tubuh secara rohani dan jasmani.
Tujuan atau matlamat berkahwin yang paling utama ialah untuk melahirkan anak-anak yang
salih serta taat kepada perintah Allah. Anakanak ini adalah pengganti ibu bapa mereka di dunia
dan boleh mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka di dunia dan akhirat.
Berkahwin adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda telah bersabda yang
maksudnya : “Aku telah memilih tiga hal dari duniamu, minyak wangi, wanita
dan solat adalah cahaya mataku”. Baginda juga telah bersabda yang
maksudnya “Nikah adalah setengah dari iman, setengah lainnya adalah
kesolehan Tiada alasan bagi mereka yang mengelak nikah kerana mungkin dia
akan dirahmati dengan lahirnya seorang anak yang menerangi bumi dengan
ucapan ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah’ dan siapa yang percaya dengan
sunnahku maka dia harus menikah”.
Berkahwin itu dipandang mulia dan digalakkan oleh syariat Islam bagi
mengelakkan keruntuhan moral dan tatasusila. Ia bertujuan untuk keharmonian
sejagat bukan hanya untuk keluarga yang berkaitan. Perkahwinan menghala
kepada kesopanan serta kebersihan rohani dan jasmani. Dengannya maka
keturunan menjadi biak. Diharapkan dengan itu setiap insan akan menyumbang
untuk keamanan dan kemakmuran dunia.
Manusia tidak boleh hidup bersendirian. Nanti akan terasa amat sunyi dan
hidup terasa tidak bermakna. Lelaki tidak akan sanggup untuk hidup meriah
tanpa seorang isteri yang mencintainya di sampingnya dan apatah lagi bagi
perempuan. Maka perkahwinan itu adalah satu amalan yang bertujuan untuk
menggembirakan hati nurani. Dengan itu hati akan lebih tetap dan rajin untuk
beribadah kepada Allah.

Follow US Now!
??  TELEGRAM https://t.me/kioskalbaroqah786
??  FACEBOOKPAGE www.Facebook.com/kioskalbaroqah03
??  TWITTER Twitter.com/QayyumHassan1
??  INSTAGRAM Instagram.com/kiosk_al_baroqah/


Comments

Popular Posts