Asas Ilmu Kelamin Orang Melayu


Ilmu Kelamin Bangsa Melayu

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Begitu
menurut Ibnu Athir seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau.
Bangsa Melayu menurut beliau ialah Bani Jawi iaitu keturunan Ibrahim a.s.
dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan
Qatura ini baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan
memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru maka
mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.
Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat
berbagai sebab. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah menduduki
Tibet dan telah menamakan Himalaya yang mana di dalam bahasa Sanskrit ia
bermakna Gunung Melayu. Perkara ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang
lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran
gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi
peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka
menempatkan diri di selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah
kisah perpindahan mengikut jalan darat.
Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang mengikut jalan laut iaitu
mengikuti seorang raja yang bernama Mus belayar ke timur dan mendarat di
Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan beliau bersama
rombongannya di mana sebuah sungai telah dinamakan sebagai Sungai Musi
yang bererti Sungai Mus Punya.
Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. itu melahirkan tiga keturunan yang besar.
Pertama ialah bangsa Arab dari keturunan anaknya Ismail a.s., kedua ialah
bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s. dan ketiga ialah bangsa Melayu
(Bani
Jawi) dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari
zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini
sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak- anak atau keturunan sebagaimana
juga nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.
Bangsa Melayu telah melalui berbagai pengalaman semasa perpindahan dari
satu tempat ke satu tempat. Kaumnya pun telah menganut berbagai-bagai
agama bermula dari syari'at Ibrahim a.s., Hindu, Buddha, Kristian dan Islam.
Kebanyakan dari ilmu pengetahuan bangsa Melayu mempunyai perkaitan yang
rapat dengan pengetahuan bangsa India, Cina dan Jepun. Contohnya dari segi
ilmu jimak praktik meletakkan kain putih di bawah pengantin perempuan pada
malam penama perkahwinan lelah dipraktikkan oleh bangsa Cina dahulukala.
Banyak pantang larang yang berkisar disekitar ilmu jimak Melayu juga
mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh bangsa India dan Cina.
Asal usul setengah-setengah dari praktik ini dipercayai berasal dari India
menerusi ajaran Hindu dan Buddha. Kemudian dari kerajaan Sri Vijaya Budi
Dharma (seorang Melayu) telah pergi pula ke Cina dan Jepun bagi
mengembangkan ajarannya termasuklah bidang persilatan.

Kedatangan Islam menerusi saudagar-saudagar dari Hadramaut dan juga
pengajaran dari Wali-wali Sembilan membawa fokus dakwah dari segi ilmu ilmu mistik bagi menarik penganut-penganut Hindu pada masa
itu yang tebal dengan ilmu mistik bagi memeluk Islam. Pernah dikatakan terjadi pertentangan ilmu
antara Wali Sembilan dengan Ketua Sami yang bertapa dan berakhir dengan kematian Sami tersebut.
Wali Sembilan juga dikatakan telah membina sebuah masjid dengan bertiangkan habuk-habuk
kayu yang dijadikan tiang menerusi pengetahuan mistik. Dari cerita-cerita inilah kemungkinannya
maka banyak ilmu yang berkaitan dengan perkara ghaib dikaitkan dengan Wali Sembilan walaupun
sebenarnya mungkin ilmu tersebut berasal dari ajaran Hindu atau Buddha. Saudagar-saudagar yang
datang dari Hadramaut telah membawa ilmu-ilmu yang berasal dari jalinan budaya Hindu,Buddha,
Islam dan budaya Arab,Israel,Rom dan Khurasan. Jalinan ini kelihatannya lebih menekankan cara
jimak Islam sedangkan praktik lain seperti ubat-ubatan dan
sebagainya mempunyai pengaruh dari agama Hindu serta Buddha.
Berkemungkinan besar bahawa praktik senaman dalam Ilmu Senggama
Melayu adalah berasal dari pengaruh Hindu. Ini kerana terdapat banyak
persamaan dari segi posisian senaman tersebut serta praktik pernafasan semasa
senaman itu dijalankan. Didapati bahawa terdapat juga Ilmu Nafas di dalam
kitab-kitab Melayu dan ini juga didapati mempunyai pengaruh dari Ilmu Yoga
dari agama Hindu.
Sekiranya pembaca belajar Ilmu Senggama Melayu dari seorang dukun atau
bomoh atau pawang kemungkinan besar dia akan menyatakan bahawa ilmu
tersebut diajarkan menerusi ilham atau oleh para jin terutamanya dari segi
senaman tenaga batin. Ada antara mereka yang mendakwa berkahwin dengan
orang bunian
(jin). Walau bagaimanapun buku ini mempunyai fokus yang lain,
ia lebih menekankan mengenai tanggungjawab bagi menjayakan perlaksanaan
Nafkah Batin kepada isteri dan ini berlandaskan kepada apa yang diajarkan
oleh agama Islam. Pengetahuan jimak dari bangsa dan agama lain dicatatkan
sebagai menambah pengetahuan dan membuat penilaian. Beberapa praktis
mistik juga dicatatkan bagi menambah pengetahuan saja. Kesemuanya ini
bertujuan bagi memberikan gambaran yang agak menyeluruh mengenai apa
yang diajarkan oleh orang-orang Melayu dahulu dalam konteks Ilmu
Senggama ini.
Nasihat penulis kepada pembaca ialah tumpukan perhatian kepada tertib-tertib
jimak cara Islam di buku ini kemudian bandingkan dengan apa yang diajarkan
oleh bangsa dan agama lain. Dengan itu akan dapat pembaca menyedari akan
kelebihan pendekatan Islam. Ilmu-ilmu firasat yang dicatat di dalam buku
bukan untuk dipraktikkan. Islam melarang penggunaan firasat dalam memilih
pasangan hidup.

Follow US Now!
??  TELEGRAM https://t.me/kioskalbaroqah786
??  FACEBOOKPAGE www.Facebook.com/kioskalbaroqah03
??  TWITTER Twitter.com/QayyumHassan1
??  INSTAGRAM Instagram.com/kiosk_al_baroqah/

 

Comments

Popular Posts